Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Kematian Covid-19 catat 37 kes [METROTV]

Posted on Mac 30, 2020 by lau

TIGA kes kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 5 petang, hari ini.

Kes kematian yang dilaporkan itu termasuk kematian ke-35 dilaporkan malam tadi, membabitkan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM), wanita tempatan berusia 57 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 37 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 156 dilaporkan hari ini, mencatatkan 2,626 kes keseluruhan dalam negara.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 94 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 62 menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Hari ini. bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital seramai 91 pesakit.

“Paling tinggi setakat ini. Jumlah keseluruhan telah sembuh (daripada jangkitan Covid-19) dan discaj seramai 479 orang,” katanya.

Berikut laporan terperinci kematian akibat Covid-19 dalam negara hari ini;

1) Kes kematian ke-36 (kes ke-1941)

• Lelaki warga tempatan berusia 47 tahun yang dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 23 Mac.

• Disahkan meninggal dunia 30 Mac, 8.10 pagi.

2) Kes kematian ke-37 (kes ke-2471)

• Wanita tempatan berusia 46 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit autoimun.

• Wanita ini dirawat di Hospital Miri, Sarawak dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac, 9.02 pagi.

INFOGRAFIK status Covid-19 di Malaysia, hari ini. GRAFIK Ihsan KKM
INFOGRAFIK status Covid-19 di Malaysia, hari ini. GRAFIK Ihsan KKM

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Kiriman Terkini

    • Establishment of Maritime and Ocean Digital Engineering Cooperation Program at the University of Tokyo
    • Hector Network Partners with Borussia Dortmund
    • Busan IT Industry Promotion Agency Hosts 2022 Global Metaverse Conference & ASEAN-ROK Forum
    • Waste-to-Energy Company in Singapore Made a Wholly-Owned Subsidiary
    • Rovanpera extends WRC lead with rapid home run for TOYOTA GAZOO Racing

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.