Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Kena tahan dah

Posted on April 15, 2020 by lau

LIMA individu ditahan polis semalam susulan menggunakan khidmat penghantar makanan untuk menghantar bungkusan dadah bersama roti canai.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, susulan penemuan paket plastik disyaki ganja itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Gombak melancarkan operasi mengesan suspek yang membekal dan memesan bungkusan itu di kawasan Petaling Jaya dan Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Menurutnya, hasil operasi itu, pihaknya menahan lelaki berusia 19 tahun yang juga penuntut kolej swasta di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

“Tiada sebarang penemuan dadah bersamanya namun hasil ujian air kencing dapati suspek positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Susulan penahanan itu, polis menyerbu lagi sebuah rumah di Bangsar dan menahan lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai membekalkan dadah itu jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Arifai berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut menahan remaja lelaki berusia 18 tahun dipercayai rakan suspek kedua yang bekerja sebagai pembantu kedai, ibu saudara suspek serta pembantu rumah berusia 63 dan 70 tahun.

“Dalam serbuan ini polis turut merampas satu ketulan mampat disyaki ganja dan beberapa paket plastik kecil berisi dadah itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, ” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan polis mengesan individu yang menggunakan khidmat penghantar makanan untuk menghantar roti canai bersama bungkusan dadah.

Perkara itu terbongkar selepas penghantar makanan menerima pesanan dari seorang lelaki di Tropicana, Petaling Jaya jam 7 malam untuk menghantar satu bungkusan kepada penerima di Setapak, Kuala Lumpur.

Berita berkaitan:

  • Sorok dadah dalam bungkusan roti canai
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Kiriman Terkini

    • Establishment of Maritime and Ocean Digital Engineering Cooperation Program at the University of Tokyo
    • Hector Network Partners with Borussia Dortmund
    • Busan IT Industry Promotion Agency Hosts 2022 Global Metaverse Conference & ASEAN-ROK Forum
    • Waste-to-Energy Company in Singapore Made a Wholly-Owned Subsidiary
    • Rovanpera extends WRC lead with rapid home run for TOYOTA GAZOO Racing

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.