Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Kereta api rempuh bas, 20 maut

Posted on Oktober 11, 2020 by lau

Bangkok : Kira-kira 20 individu maut manakala puluhan lagi cedera selepas bas pelancong dinaiki mereka bertembung dengan kereta api di wilayah Chachoengsao yang terletak 50 kilometer (km) di timur Bangkok, hari ini.

Kemalangan berlaku kira-kira 8 pagi (waktu tempatan) di lintasan landasan kereta api berhampiran stesen kereta api Chachoengsao.

Difahamkan, kereta api yang merempuh bas itu dalam perjalanan dari Laem Chabang di Royang.

Bas terbabit membawa 60 penumpang dari Samut Prakan menuju ke sebuah kuil di Chachoengsao untuk menghadiri sebuah acara keagamaan.

Gabenor Chachoengsao, Maitree Traitilanansaid berkata, kemalangan berlaku apabila bas sedang melintasi landasan kereta api.

“Siasatan awal mendapati kereta api itu sudah membunyikan wisel. Tetapi pemandu bas berkenaan terus memandu dan melintasi landasan. Akibatnya, bas itu dirempuh oleh kereta api berkenaan.

“Sekurang-kurangnya 20 individu terbunuh manakala 30 lagi cedera akibat kemalangan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

tamat

Kiriman Terkini

  • Woman, two sons missing after car plunges into Kedah river
  • Covid-19 Watch: 2,302 new cases bring total to 4,554,661
  • Cabinet pay cut will not solve rising cost of living issue, says Mahdzir
  • Samsung Unveils 200MP HP3 ISOCELL Image Sensor
  • Police reports lodged against Lim and Syed Saddiq

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.