Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

‘Ketua cemas’

Posted on April 18, 2020 by lau

“TERLINTAS dalam fikiran saya adakah ini kali terakhir dapat melihat keluarga kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku.

“Ini kali pertama semua orang di negara ini berdepan wabak sebegini. Sebagai seorang doktor, saya faham bagaimana mudahnya penyakit berjangkit merebak dan ia boleh memberi kesan yang begitu cepat,” kata Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Teluk Intan, Perak, Dr Samsu Ambia Ismail.

Menurutnya, perasaan itu timbul apabila dia disahkan positif Covid-19 22 Mac lalu selepas demam berpanjangan selama sembilan hari sebelum itu.

Katanya, ia memberi pengajaran betapa seorang petugas perubatan sepertinya juga tidak terlepas daripada wabak maut berkenaan walaupun sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan diri.

“Apa yang boleh saya gambarkan ialah perasaan kami bila memikirkan keluarga. Saya ada anak yang masih kecil, jika saya dikuarantin, bagaimana dengan mereka.

“Saya terfikir juga adakah ini saat terakhir dapat melihat mereka kerana kita tidak tahu apa akan berlaku. Perasaan saya begitu tersentuh dan saya percaya, mereka yang lain yang didapati positif juga begitu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, isterinya Mazriemi Mohd Zaki, 40, dan lima anak mereka berusia antara lapan hingga 19 tahun turut dijangkiti wabak berkenaan.

Katanya, dia dikuarantin selama enam hari di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan tempoh itu dirasakan cukup panjang apabila diasingkan dan tidak lagi bebas seperti selalu.

“Bila menjalani kuarantin di rumah juga, kami satu keluarga perlu memastikan langkah pencegahan dipatuhi. Bayangkan bagaimana urusan kita seharian yang sebelum ini boleh melakukan apa saja, tapi kini terhad.

“Saya ada baca mengenai berita saya dan seorang rakan di tempat kerja sudah meninggal dunia akibat jangkitan ini, saya hanya senyum dan tidak menjawab sebarang panggilan kerana ingin berehat,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak mengambil mudah soal penjagaan kesihatan supaya tidak melalui pengalaman sepertinya.

“Ini bukan perkara main-main. Meja yang kita pegang, duit yang kita terima, semua itu mungkin terdedah kepada virus. Sebab itu kena patuh kepada arahan pihak berkuasa,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Kiriman Terkini

    • Establishment of Maritime and Ocean Digital Engineering Cooperation Program at the University of Tokyo
    • Hector Network Partners with Borussia Dortmund
    • Busan IT Industry Promotion Agency Hosts 2022 Global Metaverse Conference & ASEAN-ROK Forum
    • Waste-to-Energy Company in Singapore Made a Wholly-Owned Subsidiary
    • Rovanpera extends WRC lead with rapid home run for TOYOTA GAZOO Racing

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.