Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Kluster pengawal keselamatan pula muncul [METROTV]

Posted on Mei 7, 2020 by lau

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengenal pasti satu kluster yang membabitkan pengawal keselamatan di pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga 7 Mei, jam 12 tengah hari, 10 kes positif Covid-19 dilaporkan dalam kluster itu membabitkan sembilan warga Nepal dan seorang rakyat tempatan.

Beliau berkata, punca jangkitan bagi kluster pengawal keselamatan Cheras itu masih di dalam siasatan.

“Langkah-langkah pembendungan dan pencegahan seterusnya diambil seperti mengenal pasti dan menjalankan ujian saringan Covid-19 ke atas semua pekerja dan kontak rapat mereka.

“Semua kes warganegara Nepal dalam kluster ini tinggal di kediaman yang sama di Cheras. Saringan Covid-19 sudah dijalankan ke atas penghuni kediaman mereka, pengawal dan anggota keselamatan di pusat membeli-belah itu dan pekerja pasar raya yang berkait rapat.

“Setakat ini, seramai 436 orang disaring, di mana 10 kes didapati positif, 347 kes negatif dan 79 orang masih menunggu keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras dan Titiwangsa akan terus

menjalankan pemantauan ke atas kenaikan kes Covid-19 berkaitan kluster itu.

“Semua kontak rapat setiap kes sudah dipanggil untuk tujuan saringan dan pendidikan kesihatan juga diberikan kepada mereka,” katanya.

Beliau menasihatkan majikan pelbagai sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi perlulah patuh kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh pihak berkuasa berdasarkan sektor masing-masing.

Tambahan pula, katanya, adalah amat penting bagi majikan dan semua pekerja supaya sentiasa ikut amalan yang betul di tempat kerja masing-masing.

“Ini seperti elakkan berada di kawasan sesak, tertutup secara beramai-ramai pada masa sama seperti di ruang makan (pantri) di tempat kerja.

“Kekalkan jarak satu meter ketika cakap bersemuka dengan orang lain. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.

Beliau berkata, orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenai Covid-19.

Katanya, KKM juga akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Kiriman Terkini

    • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
    • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
    • Abang Jo: MA63 recognition important
    • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
    • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.