Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

‘Kuarantin’ berakhir

Posted on April 2, 2020 by lau

Los Angeles: Penjara terbesar Amerika Syarikat (AS) di California bakal membebaskan 3,500 penghuni yang tidak berbahaya lebih awal dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Dalam satu kenyataan rasmi semalam, Jabatan Pemulihan dan Rehabilitasi California (CDCR) berkata, kumpulan pertama penghuni tahanan yang dibebaskan tergolong kepada mereka yang mempunyai hukuman berbaki kurang 30 hari.

Kumpulan seterusnya membabitkan mereka yang mempunyai hukuman berbaki 60 hari.

“Kami tidak sewenang-wenangnya mengambil langkah baharu ini.

“Keutamaan kami di CDCR adalah mahu memastikan keselamatan membabitkan kakitangan dan institusi kami, penghuni tahanan dan komuniti secara keseluruhannya.

“Bagaimanapun, dalam berdepan krisis pandemik global ini, kita perlu mempertimbangkan risiko jangkitan Covid-19 ini,” kata Setiausaha agensi berkenaan, Ralph Diaz.

Pihak berkuasa negeri lain termasuk New Jersey dan beberapa bandar turut mengumumkan langkah sama.

Minggu lalu, Peguam Negara AS, Bill Barr memberitahu penjara Persekutuan supaya membebaskan segelintir tahanan untuk mengurangkan impak jangkitan Covid-19.

Pembebasan awal itu membabitkan sekurang-kurangnya 2,000 penghuni yang layak.

Setakat semalam, angka korban akibat Covid-19 di AS melepasi 4,000 orang dengan lebih 180,000 kes dilaporkan.

Kiriman Terkini

  • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
  • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
  • Abang Jo: MA63 recognition important
  • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
  • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.