Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Lompatan ‘gadis kuda’

Posted on Oktober 9, 2020 by lau

Ottawa: Seorang remaja di Kanada digelar ‘gadis kuda’ kerana kebolehannya melompat dan bergerak seakan haiwan itu.

Ava Vogel, 17, mampu melakukan pelbagai aksi lompatan ekuestarian sehingga tular di media sosial.

Portal berita upi.com melaporkan, Ava berkata, kebolehan itu disedarinya sejak enam tahun lalu.

Namun, kebolehannya itu mula menjadi perhatian umum sejak tiga tahun lalu selepas dia berjaya melompat empat lompatan dalam disiplin sukan berkuda.

“Saya akan menonton video sebenar lompatan kuda untuk melihat sendiri pergerakan haiwan berkenaan supaya aksi saya lebih semula jadi.

“Selepas itu saya akan cuba sesuaikan pergerakan dan lompatan kuda itu dengan kemampuan diri,” katanya kepada CBC News.

Malah, bagi memastikan pergerakannya nampak tulen, dia turut menjalankan latihan kecergasan untuk membiasakan otot supayamampu menahan impak lompatan.

Remaja perempuan itu menjadi tular selepas video lompatannya setinggi satu meter dimuat naik menerusi Instagram.

“Saya akan melompat dan bergerak seakan memiliki empat kaki seperti kuda dan lakukan semampu yang boleh,” katanya.

Dia berkata, orang ramai kagum dengan kebolehannya yang dianggap unik walaupun ada yang menganggap ia sesuatu yang pelik dan luar biasa.

Kiriman Terkini

  • Woman, two sons missing after car plunges into Kedah river
  • Covid-19 Watch: 2,302 new cases bring total to 4,554,661
  • Cabinet pay cut will not solve rising cost of living issue, says Mahdzir
  • Samsung Unveils 200MP HP3 ISOCELL Image Sensor
  • Police reports lodged against Lim and Syed Saddiq

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.