Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Masjid ditutup, jemaah positif Covid-19

Posted on Oktober 10, 2020 by lau

Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menangguhkan solat Jumaat, solat fardhu lima waktu dan aktiviti pengimarahan di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang, di sini, bermula waktu Asar pada 8 Oktober sehingga diberitahu kelak.

Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penangguhan itu dilaksanakan berikutan seorang jemaah yang hadir solat Jumaat pada 2 Oktober lalu didapati positif Covid-19.

“Mengikut rekod, bilangan jemaah yang hadir solat Jumaat pada hari itu seramai 1,310 orang.

“Oleh itu, Jais menyeru kepada jemaah yang hadir solat Jumaat pada hari berkenaan di masjid itu tampil segera melakukan saringan di klinik kesihatan berhampiran sekiranya bergejala atau melakukan kuarantin kendiri di rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Shahzihan berkata, situasi ini juga akan dibincangkan dengan terperinci di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Penilaian dan Pengawasan SOP Masjid & Surau.

“Mesyuarat akan dipengerusikan saya untuk keputusan selanjutnya mengenai kedudukan masjid ini dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, Jais hanya membenarkan tiga petugas dari kalangan pegawai atau ahli jawatankuasa untuk mengumandangkan azan dan melaksanakan solat fardhu.

“Kerja-kerja pembersihan dan sanitasi sudahdilaksanakan oleh pihak pentadbir masjid hari ini,” katanya.

Kiriman Terkini

  • Woman, two sons missing after car plunges into Kedah river
  • Covid-19 Watch: 2,302 new cases bring total to 4,554,661
  • Cabinet pay cut will not solve rising cost of living issue, says Mahdzir
  • Samsung Unveils 200MP HP3 ISOCELL Image Sensor
  • Police reports lodged against Lim and Syed Saddiq

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.