Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Minta ibu doa

Posted on April 12, 2020 by lau

“TATKALA saya mendapat panggilan atau ditugaskan untuk menguruskan jenazah mangsa virus Covid-19, saya akan menghubungi ibu untuk mendoakan supaya tugas saya dipermudahkan selain keselamatan diri.

“Selepas itu, saya akan meminta isteri turut mendoakan pekerjaan saya. Apa yang penting adalah niat kami petugas Bahagian Pengurusan Dakwah Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) untuk membantu dan ia sebahagian daripada tanggungjawab fardu kifayah kami.”

Demikian luahan seorang daripada pasukan petugas pengurusan jenazah, Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Ustaz Mohamad Fauzi Abu Seman yang diberi tanggungjawab bersama petugas lain menguruskan jenazah mangsa Covid-19.

Mohamad Fauzi berkata, pengurusan jenazah bagi mangsa virus ini memang berisiko dan perlu memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) sepanjang masa pengurusan berkenaan.

Beliau yang turut berpengalaman dalam pengurusan jenazah bencana membabitkan nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 menyatakan cabaran pengurusan mangsa virus ini memang berbeza dan memerlukan setiap petugas mematuhi standard operasi piawaian (SOP) ditetapkan.

 MOHAMAD Fauzi
MOHAMAD Fauzi

“Berbeza dengan kendalian pengurusan bagi jenazah penghidap HIV, kita tetap memakai sarung tangan, menutup muka dan pelindungan diri namun tidaklah seperti pengurusan jenazah Covid-19 yang jauh lebih ketat.

“Jenazah ini kita tidak mandikan dengan air, sebaliknya kita hanya mengenakan tayammum kepada jenazah di atas beg plastik yang sudah dipasang oleh kakitangan hospital.

“Pengurusan jenazah Covid-19 ini adalah sama dengan pengurusan mangsa virus Ebola dan jenazah dibalut dengan dua lapisan beg plastik. Untuk urusan tayammum, hanya seorang petugas saja dibenarkan manakala dua lagi petugas untuk solat jenazah,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

Mohamad Fauzi berkata, petugas untuk solat jenazah turut menggunakan sut PPE kerana risiko jangkitan untuk virus ini sangat tinggi dan sepanjang pengurusan itu dilaksanakan, ia dipantau kakitangan kesihatan.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata, bagi urusan pengebumian, empat petugas terdiri daripada waris dan petugas tanah perkuburan turut dipakaikan sut PPE untuk keselamatan.

Kiriman Terkini

  • Establishment of Maritime and Ocean Digital Engineering Cooperation Program at the University of Tokyo
  • Hector Network Partners with Borussia Dortmund
  • Busan IT Industry Promotion Agency Hosts 2022 Global Metaverse Conference & ASEAN-ROK Forum
  • Waste-to-Energy Company in Singapore Made a Wholly-Owned Subsidiary
  • Rovanpera extends WRC lead with rapid home run for TOYOTA GAZOO Racing

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.