Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

MKN rangka SOP untuk zon hijau [METROTV]

Posted on April 28, 2020 by lau

KERAJAAN akan membentangkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam masa terdekat untuk memberi kelonggaran kepada penduduk di zon hijau keluar dari rumah masing-masing.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang dalam peringkat akhir untuk menyediakan SOP lebih lengkap mengenainya.

Sebagai contoh katanya, di penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang bertutup dan berpagar didapati tidak mempunyai gejala, berkemungkinan diberi kebenaran keluar dari rumah.

“Mereka dibenarkan keluar dan turun tetapi tidak dibenarkan keluar dari kawasan perumahan mereka. Bolehlah bawa anak turun dan sebagainya.

“Mengikut SOP mungkin mengikut blok dan ada masa yang ditentukan. Mungkin dua atau tiga jam satu blok,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

ISMAIL Sabri Yaakob. FOTO Bernama
ISMAIL Sabri Yaakob. FOTO Bernama

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan sedang mendapatkan input daripada seluruh kementerian supaya SOP yang akan dikeluarkan lebih menyeluruh.

“Insya Allah, saya percaya minggu depan kita boleh memuktamadkan SOP yang sedang dikaji MKN bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya akan umumkan nanti,” katanya.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, polis bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan 832 sekatan jalan raya di seluruh negara, dan melakukan pemeriksaan ke atas 616, 917 kenderaan.

Katanya, sebanyak 41,830 pemeriksaan mengejut diadakan di seluruh negara dan 6,698 premis diperiksa pihak berkuasa.

“Polis menahan 489 individu berbanding 606 individu hari sebelumnya kerana ingkar PKP, merangkumi 465 individu yang direman dan 24 individu dijamin polis.

“Seramai 741 individu dituduh di mahkamah atas kesalahan ingkar PKP dengan jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam ialah 21,106 individu,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Kiriman Terkini

    • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
    • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
    • Abang Jo: MA63 recognition important
    • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
    • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.