Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Panggil polis sebab tak dapat hadiah

Posted on Oktober 14, 2020 by lau

Tokyo: Melucukan apabila seorang lelaki di Jepun sanggup menghubungi polis gara-gara tidak berhasil meraih hadiah ketika bermain mesin permainan biarpun selepas 200 kali percubaan.

Oddity Central melaporkan, kekecewaan itu diluahkan lelaki terbabit, Ogarun menerusi ciapan di Twitter pada 8 Oktober lalu

Insiden dilaporkan berlaku ketika Ogarun berkunjung ke arked permainan.

Katanya, selepas beratus kali mencuba, dia masih tidak memenangi hadiah, malah sempat bertengkar dengan pekerja di arked itu sebelum menghubungi polis.

Setibanya di situ, polis meminta pengendali mesin menunjukkan demonstrasi permainan itu.

Lelaki itu berjaya mendapat hadiah hanya selepas melakukan lebih 300 kali percubaan.

Ogarun turut menyiarkan gambar pengendali arked yang cuba bermain untuk mendapatkan hadiah di bawah pengawasan polis di Twitter.

Namun, polis bertugas tidak mengambil tindakan terhadap arked atau pengeluar mesin berkenaan.

“Saya tidak menang langsung, jadi sekarang polis ada di sini.

“Polis sedang menyiasat kakitangan yang masih belum menang,” tulisnya.

Ciapan itu mendapat perhatian warganet yang memberi pandangan masing-masing dengan rata-ratanya menuduh permainan itu satu bentuk penipuan.

Susulan kecaman diterima, syarikat pengeluar mesin permainan berkenaan, SEGA, mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan perkara itu.

“Permainan ini sekadar hiburan yang memberi peluang kepada pemain untuk mencuba nasib mereka. Untuk bermain, pemain perlu memasukkan sejumlah wang tetapi tidak semestinya mereka akan mendapat hadiah,” katanya.

Kiriman Terkini

  • Woman, two sons missing after car plunges into Kedah river
  • Covid-19 Watch: 2,302 new cases bring total to 4,554,661
  • Cabinet pay cut will not solve rising cost of living issue, says Mahdzir
  • Samsung Unveils 200MP HP3 ISOCELL Image Sensor
  • Police reports lodged against Lim and Syed Saddiq

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.