Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

‘Pemain kita laku di pentas antarabangsa’

Posted on Oktober 8, 2020 by lau

Kuala Lumpur: Kemampuan enam pemain negara beraksi di luar negara menunjukkan skuad Harimau Malaya kini di landasan tepat demi mengembalikan semula zaman kegemilangan seperti yang pernah dikecapi pada era 1970-an dan 1980-an.

Penghijrahan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid ke liga utama Portugal dengan menyertai Portimonense SC secara pinjaman Sabtu lalu menyaksikan dia pemain terbaharu beraksi di luar negara selepas Luqman Hakim Shamsudin mengikat kontrak selama lima musim bersama kelab Belgium, KV Kortrijk.

Tiga daripada empat lagi tonggak iaitu Norshahrul Idlan Talaha (BG Pathum United), Dominic Tan (Police Tero) dan Mohamadou Sumareh (Police Tero) melebarkan sayap ke Liga Thailand yang dianggap antara liga terbaik Asia dengan masing-masing turut bermain dalam kesebelasan pasukan.

Seorang lagi pemain, Hadi Fayyadh Abdul Razak turut mencuri tumpuan apabila terus kekal di Jepun buat musim kedua berturut-turut dengan kelab Fagiano Okayama.

Menurut legenda Harimau Malaya, Bakri Ibni, keupayaan pemain tempatan memecah masuk liga utama di Eropah dan Asia akan membawa impak positif kepada persembahan pasukan kebangsaan.

Katanya, ekosistem bola sepak moden dan profesional yang dilalui sepanjang berada di luar negara mematangkan permainan pemain sekali gus meningkatkan kualiti mereka.

“Ini menandakan (pemain tempatan diburu kelab luar) pembangunan bola sepak kita dah betul. Apabila pemain didedahkan dengan suasana bola sepak profesional, secara tak langsung menyiapkan pemain kita dengan cabaran antarabangsa.

“Bila mereka balik, mereka ini gearnya dah pick up atau ke depan berbanding pemain yang beraksi dalam negara. Jadi mereka lebih bermotivasi dan tenang bila main untuk negara.

“Standard permainan kita jadi lebih laju, agresif dan tenang ketika bermain. Lagipun, kita dah ada lima penyerang berkualiti di depan, manakala seorang pertahanan. Saya nampak kekuatan pasukan umpama zaman dulu di mana kita memiliki ramai penyerang berkualiti seperti Allahyarham Mokhtar Dahari dan raja bola Malaysia, Allahyarham Abdul Ghani Minhat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kiriman Terkini

  • China Wantian Announces its Annual Results
  • HKTDC launches brand-new exhibition model EXHIBITION+
  • Hitachi High-Tech Launches the AFM100 Pro High-Sensitivity Scanning Probe Microscope System with Improved Detection Sensitivity
  • Hokkaido University and NEC conclude an agreement for developing spatial sensing to combat the spread of illness
  • Perseverance Asset Management: long bias and fundamental bottom-up strategy

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.