Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • Term of Use
  • RSS
Menu

Pembayaran BPN bermula Isnin ini

Posted on April 5, 2020 by lau

PEMBAYARAN fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat secara berperingkat mulai Isnin ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, ia membabitkan 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang yang sudah diluluskan dengan jumlah keseluruhan RM5.63 bilion.

“Sukacita saya memaklumkan bagi fasa pertama BPN Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April (Isnin).

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak terbabit terutama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam membolehkan bayaran BPN dipercepatkan demi membantu rakyat Malaysia memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, sejumlah RM3.24 bilion diperuntukkan bagi pembayaran fasa pertama kepada golongan B40 iaitu isi rumah pendapatan di bawah RM4,000 manakala RM1.81 bilion kepada bujang berpendapatan di bawah RM2,000.

Selain itu, katanya, kerajaan memperuntukkan RM440 juta untuk golongan M40 isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000 dan RM140 juta kepada bujang (pendapatan RM2,001 hingga RM4,000).

Dalam pada itu, beliau turut menasihati rakyat agar berhati-hati dengan scammer yang semakin berani mengambil peluang menipu orang ramai dengan merujuk kepada sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada pihak tidak dikenali.

Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Prihatin berjumlah RM250 bilion untuk disalurkan kepada semua sektor awam dan swasta yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Kiriman Terkini

  • NovationWire: Predictions on XR, VR, AR Applications 2022
  • Cyber Yachts Unveils 444 Foot Crystal Palace Superyacht
  • Kobe Steel to launch “Kobenable Steel”, Japan’s first low CO2 blast furnace steel
  • Deputy Directors from Kenyan Ministry of ICT and ICT Authority along with INTERPOL’s Director of Cybercrime to speak at CyFrica 2022
  • Yew Lee Pacific Group Berhad Launches Prospectus for ACE Market IPO

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEA PRWire
  • Top Story

Links

BBC News
Reuters
Bloomberg
Forbes
Newswire

Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.