Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

PKP: ‘Kantoi’ menyamar tentera

Posted on April 24, 2020 by lau

TINDAKAN seorang lelaki yang cuba memperdayakan petugas sekatan jalan raya Op Covid-19 dengan memakai baju celoreng tentera untuk melepasi pemeriksaan di Batu 7, Jalan Tuaran, di Kota Kinabalu, gagal apabila dia ditahan, kelmarin.

Dalam kejadian 1.51 petang itu, lelaki berusia 30-an terbabit dikatakan menunggang motosikal Honda EX5 menuju ke Kampung Inanam Laut, Inanam untuk berjumpa bapa saudaranya.

Bagaimanapun, sebaik sampai di sekatan jalan raya, lelaki terbabit ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, soal siasat mendapati, suspek bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, sebaliknya baju berkenaan diperoleh daripada bapa saudara suspek.

“Polis mengesyaki tujuan suspek memakai baju berkenaan adalah untuk membiarkan petugas sekatan jalan raya mempercayai dirinya sebagai anggota ‘frontliner’ supaya dapat melepasi sekatan jalan raya.

“Suspek mengaku dalam perjalanan dari Taman Sri Rugading Tuaran ke Kampung Inanam Laut, Inanam untuk berjumpa dengan bapa saudara suspek,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Habibi berkata, suspek disyaki dengan sengaja tidak mematuhi perintah yang dikeluarkan sebagaimana mengikut perintah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan) 2020.

“Perbuatan cuai suspek mungkin berpotensi merebakkan jangkitan penyakit yang merbahaya kepada nyawa, kesihatan dan keselamatan manusia.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Kiriman Terkini

    • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
    • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
    • Abang Jo: MA63 recognition important
    • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
    • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.