Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

PKP: Permohonan pulang sehingga 1 Mei ini

Posted on April 26, 2020 by lau

TEMPOH pendaftaran akhir aplikasi Gerak Malaysia bagi individu yang membuat permohonan untuk pulang ke kediaman masing-masing adalah pada 1 Mei ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selepas 1 Mei, pihaknya akan mengumpul maklumat sebelum satu perbincangan diadakan.

“Saya ingin memperbetulkan sedikit kekeliruan semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan tarikh 1 hingga 3 Mei untuk dibenarkan pergerakan.

“Sebenarnya seperti yang saya sebutkan sehingga 1 Mei adalah tempoh pendaftaran aplikasi Gerak Malaysia, siapa yang tiada boleh melaporkan dibalai terdekat melalui temujanji,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, selepas 1 Mei, pihaknya akan mengumpul maklumat dan PDRM, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berbincang.

“Selepas perbincangan, mereka perlu mengemukakan atau mencadangkan ke Mesyuarat Khas Menteri, jika diluluskan baru boleh dilaksanakan.

“Isu ini adalah isu besar, banyak lagi yang perlu dibincangkan, selain Mesyuarat Khas Menteri kita juga perlu bawa ke Mesyuarat Khas MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri, selepas itu baru boleh menetapkan tarikh perjalanan pulang,” katanya.

Beliau berkata, ada juga yang bertanya kaedah membawa pulang anak atau keluarga yang terperangkap di kampung.

“Ada yang WhatsApp saya mengatakan dia berpisah dengan suami kerana terpaksa hantar suami dan anak di kampung dan dia berada di bandar, tiba-tiba kita tidak benarkan sebarang pergerakan.

“Perkara ini yang perlu kita selesaikan, bukan sahaja kampung ke bandar tetapi bandar ke kampung, ini perbincangan yang terperinci, kita akan berunding KKM, PDRM dan MKN,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Kiriman Terkini

    • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
    • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
    • Abang Jo: MA63 recognition important
    • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
    • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.