Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

PKPD ke-7 di Selayang Baru [METROTV]

Posted on April 25, 2020 by lau

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketujuh akan dilaksanakan di Selayang Baru, Gombak bermula hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPD ketujuh itu.

“PKPD ini berkuatkuasa hari ini sehingga 3 Mei membabitkan enam parcel yang dikenal pasti.

“PKPD ketujuh ini dilaksanakan untuk membendung jangkitan dan penularan Covid-19 selepas menagmbil kira keberangkalian jangkitan di Pasar Harian Kuala lumpur,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, enam zon berkenaan adalah membabitkan Zon A di Jalan Indah 3 dan Jalan 5A, Selayang Indah , Gombak.

“Zon B di Jalan Indah 21, Lembah Indah, Selayang Baru; Zon C di Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21, Selayang Baru; dan Zon D di Jalan 3, 5, 7 dan 9, Selayang Baru.

“Selain itu, Zon E di Jalan 2, 4, 6 dan 8, Selayang Baru; serta Zon F di Blok A, B dan C, Selayang Makmur, Gombak,” katanya.

ANGGOTA keselamatan melakukan pemeriksaan terhadap penduduk yang melalui kawasan sekitar pusat perniagaan di pekan Selayang Baru. FOTO Hairul Anuar Rahim
ANGGOTA keselamatan melakukan pemeriksaan terhadap penduduk yang melalui kawasan sekitar pusat perniagaan di pekan Selayang Baru. FOTO Hairul Anuar Rahim

Menurutnya, susulan itu semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

“Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan dan semua aktiviti perniagaan dihentikan.

“Pangkalan Perubatan (Medical Base) dibuka di kawasan PKPD selain semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Kiriman Terkini

    • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
    • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
    • Abang Jo: MA63 recognition important
    • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
    • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.