Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

PM jamin tiada PKP, total lockdown [METROTV]

Posted on Oktober 6, 2020 by lau

Kuala Lumpur: Kerajaan setakat hari ini tidak memikirkan soal melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara atau total lockdown, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Langkah itu jika dilaksanakan sekali lagi boleh membawa kesan besar yang dikhuatiri akan meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara, na’uzubillah,” kata Muhyiddin ketika Perutusan Khas Situasi Semasa Covid-19 yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan ketika ini hanya menguatkuasakan perlaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (Temco) di kawasan yang dikenal pasti mempunyai kes Covid-19 yang tinggi.

“Dengan ini, aktiviti ekonomi dan sosial di kawasan lain yang tidak terjejas boleh diteruskan dengan amalan SOP (prosedur operasi standard) yang ketat dan penguatkuasaan undang-undang yang tegas.

“Saya percaya kesiapsiagaan sistem kesihatan kita akan membolehkan kita menangani penularan Covid-19 tanpa perlu kita menutup sektor ekonomi yang pernah dilakukan sebelum ini,” katanya.

Setakat ini, Muhyiddin berkata, proses pemulihan ekonomi berjalan dengan lancar dan apa jua keputusan yang diambil kerajaan akan mengambil kira kepentingan 15 juta rakyat yang keluar bekerja.

“Ini penting bagi menjamin kelangsungan hidup rakyat dan kestabilan ekonomi negara,” katanya.

Gambar hiasan. FOTO Arkib NSTP
Gambar hiasan. FOTO Arkib NSTP

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Kiriman Terkini

    • Woman, two sons missing after car plunges into Kedah river
    • Covid-19 Watch: 2,302 new cases bring total to 4,554,661
    • Cabinet pay cut will not solve rising cost of living issue, says Mahdzir
    • Samsung Unveils 200MP HP3 ISOCELL Image Sensor
    • Police reports lodged against Lim and Syed Saddiq

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.