Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Pod elak virus

Posted on April 6, 2020 by lau

Shanghai: Seorang lelaki sanggup menghabiskan masa sebulan untuk mereka cipta kerusi bayi untuk memastikan anak lelakinya tidak dijangkiti Covid-19.

Kerusi bayi inovasi Coa Junjie, 30, itu dilengkapi pam udara selain sistem kipas elektronik untuk memastikan tiada virus menjangkiti anaknya yang berusia dua bulan.

Odditycentral.com melaporkan, Junjie yang juga peminat teknologi itu bersama isterinya, Fang, merancang cara sesuai dan selamat untuk membawa anaknya bersiar-siar tanpa bimbang dijangkiti virus itu.

Maka, selepas meneliti beberapa inovasi kerusi bayi, dia membuat keputusan mencipta kerusi yang diinspirasikan daripada permainan video, Hideo Kojima.

Pod khas itu dilengkapi sarung tangan yang boleh mengelak daripada sentuhan terus tangan dan bayinya.

Bukan itu saja, dia turut menggunakan paparan digital yang dapat mengesan tahap kualiti udara disedut ke dalam ruang kerusi bayi itu.

“Sistem ini secara keseluruhan dapat mengasingkan udara persekitaran dengan baik selain menyediakan suasana sihat dan selamat kepada bayi,” katanya.

Pasangan itu menguji sistem berkenaan beberapa kali dan yakin ia berfungsi dengan baik memberi perlindungan kepada bayi mereka.

Satu video dikongsi bagi menunjukkan sistem kerusi itu berfungsi ketika mereka keluar bersiar-siar.

“Saya gemarkan filem saintifik dan permainan video. Ia dibuat dengan menggunakan permainan video Death Stranding sebagai rujukan,” kata Junjie.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Kiriman Terkini

    • Establishment of Maritime and Ocean Digital Engineering Cooperation Program at the University of Tokyo
    • Hector Network Partners with Borussia Dortmund
    • Busan IT Industry Promotion Agency Hosts 2022 Global Metaverse Conference & ASEAN-ROK Forum
    • Waste-to-Energy Company in Singapore Made a Wholly-Owned Subsidiary
    • Rovanpera extends WRC lead with rapid home run for TOYOTA GAZOO Racing

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.