Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Polis kenal pasti keluarga balik KL

Posted on April 17, 2020 by lau

POLIS sudah mengenal pasti seorang lelaki dan keluarganya yang tular di media sosial pulang ke Kuala Lumpur dengan menipu pihak berkuasa dan memberi ‘tips’ untuk mempengaruhi orang ramai ingkar perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semalam tular di media sosial berkaitan lelaki terbabit yang memberi ‘tips’ bagaimana ingin menipu polis untuk pulang ke Kuala Lumpur.

“Saya nak beri peringatan kepada semua jangan pengaruhi orang lain untuk ikut tindak tanduk mereka.

“Polis sudah mengenal pasti individu terbabit dan tindakan diambil kepada mereka kerana tiada sesiapa boleh terlepas dari undang-undang lebih-lebih lagi mereka mengakui ingkar arahan PKP,” katanya pada sidang media harian di Putarajaya, di sini, hari ini.

Ismai Sabri berkata, jangan bangga melakukan kesalahan dan menganggap diri seperti hero yang akhirnya akan menyusahkan diri sendiri dan keluarga.

Terdahulu tular di media sosial seorang lelaki memberi alasan ingin membuat pemeriksaan anak di klinik kesihatan dan tiada orang yang dapat menjaga anak menyebabkan mereka keluar sekeluarga.

Mengulas mengenai dakwaan polis tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan kepada pesalah PKP, beliau berkata, tindakan polis itu mengikut Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dengan jelas menyatakan Menteri Kesihatan boleh melantik mana-mana pegawai termasuk polis yang diberikan kuasa melaksanakan perkara berkaitan akta itu.

“Segala kesalahan mengingkari perintah pegawai awam boleh dihukum mengikut akta itu dan kanun keseksaan…jadi jika ada yang persoalkan kuasa polis saya ingin jelaskan polis memang berkuasa bagi melaksanakan tugas apa yang termaktub dalam akta itu,” katanya.

Kiriman Terkini

  • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
  • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
  • Abang Jo: MA63 recognition important
  • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
  • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.