Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Polis maut dirempuh pemandu mabuk [METROTV]

Posted on Mei 3, 2020 by lau

SEORANG anggota polis bertugas di sekatan jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), dekat Kajang, meninggal dunia selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki mabuk, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 2.11 pagi.

“Siasatan mendapati ketika kejadian, pemandu Toyota Hilux berusia 44 tahun itu memandu dari arah Kajang menuju ke arah Plaza Tol Kajang Selatan.

“Sebaik tiba di sekatan jalan raya berkenaan, pemandu berkenaan gagal mengawal kenderaan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kejadian itu menyebabkan kenderaan terbabit melanggar seorang anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya itu dan melanggar kenderaan anggota yang diletakkan di tepi jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, laporan berhubung kejadian itu sudah dibuat oleh penyelia sekatan jalan raya berkenaan, manakala pemandu Toyata Hilux terbabit masih belum membuat laporan polis.

“Kertas siasatan berhubung kejadian itu sudah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.09 pagi.

“Seramai tujuh pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati mangsa tersepit akibat dihempap Toyota Hilux terbabit sebelum dia berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hafisham berkata, berdasarkan maklumat awal diterima, Toyota Hilux terbabit melanggar Perodua Kancil milik seorang anggota polis bertugas di sekatan jalan raya terbabit yang diletakkan di tepi jalan.

“Kejadian itu mengakibatkan mangsa diseret kira-kira 70 meter oleh kenderaan itu, manakala pemandu Toyata Hilux terbabit dilaporkan cedera di kepala.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kiriman Terkini

  • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
  • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
  • Abang Jo: MA63 recognition important
  • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
  • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.