Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Polis maut kejar penjenayah: Kereta suspek ditemui [METROTV]

Posted on November 1, 2020 by lau

Johor Bahru: Perodua Myvi yang digunakan dua suspek dalam kemalangan maut membabitkan anggota polis di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar, Tebrau, awal pagi tadi, ditemui.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kereta berwarna ungu itu ditinggalkan di tepi jalan Kampung Pandan, kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kemalangan.

Katanya, semakan awal mendapati ia disewa atas penyewa lain.

“Unit Forensik sudah membuat pemeriksaan dan analisa terhadap kenderaan itu. Memang terdapat peralatan berkaitan dadah. Kita syaki suspek terbabit sama ada dalam penyalahgunaan dadah ataupun pengedar dadah, sebab itu mereka melarikan diri.

“Sama ada kereta ini mempunyai saman atau tidak, kita sedang semak kerana ada kesukaran. Kereta ini adalah kereta yang disewa dan penyewa menyewakannya kepada orang lain,” katanya pada majlis penghormatan terakhir kepada mendiang Konstabel Nicholester Dadup Unggat di Balai Polis Bandar Dato’Onn, di sini, hari ini.

AYOB Khan bersama pegawai dan anggota polis Kontinjen Johor memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Nicholester Dadup. FOTO Omar Ahmad
AYOB Khan bersama pegawai dan anggota polis Kontinjen Johor memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Nicholester Dadup. FOTO Omar Ahmad

Majlis penghormatan itu turut disaksikan kakak mendiang, Elizcavelynicy Unchi Unggat, 23, bersama kira-kira 30 saudara-mara.

Ayob Khan berkata, beliau percaya dua suspek itu dapat dikesan dalam masa terdekat.

“Kita percaya suspek masih berada di Johor,” katanya.

Kemalangan itu menyebabkan Nicholester Dadup meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala pemandu MPV, Lans Koperal Mohd Khairul Musa, 32, cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI.

Jenazah mendiang akan diterbangkan ke Sibu menggunakan pesawat khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 1 tengah hari esok.

Berita berkaitan

• Anggota polis maut kejar penjenayah, dua suspek diburu [METROTV]

• ‘Mendiang adik janji mahu belikan rumah untuk ibu’

• [UPDATE] Anggota polis maut ketika kejar penjenayah

• Anggota polis maut kemalangan

Kiriman Terkini

  • China Wantian Announces its Annual Results
  • HKTDC launches brand-new exhibition model EXHIBITION+
  • Hitachi High-Tech Launches the AFM100 Pro High-Sensitivity Scanning Probe Microscope System with Improved Detection Sensitivity
  • Hokkaido University and NEC conclude an agreement for developing spatial sensing to combat the spread of illness
  • Perseverance Asset Management: long bias and fundamental bottom-up strategy

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.