Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • Term of Use
  • RSS
Menu

Polis siasat isu pelarian Rohingya

Posted on April 27, 2020 by lau

POLIS giat menyiasat video, audio dan berita yang tular di media sosial berhubung isu pelarian etnik Rohingya sehingga mencetuskan kemarahan rakyat di negara ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, siasatan itu dijalankan selepas isu berkaitan pelarian Rohingya di negara ini menjadi besar sejak akhir-akhir ini.

Beliau turut mengakui kehairanan dengan kemunculan isu itu kerana kedatangan etnik Rohingya ke negara ini bukan baharu tetapi sudah bertahun lamanya.

Katanya, sebelum ini tidak timbul isu kerana kedatangan mereka ketika itu mendapat simpati rakyat negara ini apabila mendengar berita mereka dibunuh dengan kejam, dibakar hidup-hidup dan sebagainya.

“Semua (kerana) berita itu, (jadi) kita terima mereka dan tidak ada isu tetapi akhir-akhir ini ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pula timbul isu ini sehingga tiba-tiba ia jadi besar.

“Ini juga menghairankan pihak berkuasa, terutama polis kerana akhir-akhir ini berita melalui media sosial, video dan sebagainya dikeluarkan menimbulkan kemarahan rakyat kepada mereka (Rohingya),” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, tiada sesiapa dapat menentukan kesahihan berita itu kecuali polis yang kini menyiasat video, audio dan berita yang dikeluarkan berkaitan pelarian Rohingya.

“Saya harap rakyat tolong bertenang dan jangan timbulkan isu membangkit kemarahan dan mencetuskan sesuatu tidak elok.

“Malaysia negara yang aman dan kita terkenal sebagai negara sangat bertimbang rasa kepada mereka yang ada di bumi Malaysia. Beri peluang polis siasat perkara yang ditimbulkan itu,” katanya.

Kiriman Terkini

  • CITIC Telecom CPC launches SmartCLOUD(TM) Container Service to Empower Businesses for Application Development, Simplifies and Streamlines Containerized Application Workflow to Boost Operational Efficiency
  • Fujitsu Charts Path to Purpose-driven Leadership with “Technology and Service Vision 2022”
  • Mitsubishi Shipbuilding and NYK Line Obtain Approval in Principle (AiP) from Classification Society ClassNK for Large LCO2 Carrier
  • TJI Achieves a Successful Leap to International Market
  • The Executive Talk: Kerry Express (Thailand) PCL (SET: KEX)

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEA PRWire
  • Top Story

Links

BBC News
Reuters
Bloomberg
Forbes
Newswire

Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.