Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Remaja maut leher tersepit di lif

Posted on April 23, 2020 by lau

SEORANG lelaki maut akibat tersepit di lif ketika memunggah barang di stor pasar raya di Kingfisher, Likas di Kota Kinabalu, hari ini.

Joyden Joharis, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Kota Kinabalu, 10.45 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, mangsa adalah pekerja syarikat penghantaran barang di daerah ini.

Beliau berkata, ketika memunggah barang, mangsa naik ke tingkat tiga di pasar raya berkenaan dan tidak lama selepas itu, pekerja pasar raya terdengar jeritan.

“Pekerja pasar raya naik ke tingkat tiga melalui tangga sebelum memecahkan pintu stor barangan berkenaan.

“Mereka mendapati leher mangsa tersepit pada lif,” katanya dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, pekerja pasar raya itu kemudiannya menghubungi ambulans serta pasukan Bomba dan Penyelamat.

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dan ambulans yang tiba di lokasi berusaha memberi bantuan pernafasan kepada mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Kiriman Terkini

  • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
  • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
  • Abang Jo: MA63 recognition important
  • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
  • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.