Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Rentas negeri babitkan Kuala Lumpur sahaja esok [METROTV]

Posted on Mei 6, 2020 by lau

PERJALANAN merentas negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia mulai esok dikhususkan untuk yang terkandas di Kuala Lumpur pulang ke kediaman mereka di negeri lain.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain membenarkan orang ramai yang keluar dari Kuala Lumpur, kebenaran juga diberi kepada yang mahu mengambil keluarga mereka di kampung untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui aplikasi Gerak Malaysia menetapkan empat hari mulai esok sehingga Ahad (10 Mei) bagi membolehkan pergerakan rentas negeri.

“Esok bermula dengan Kuala Lumpur. Jumaat (8 Mei) dikhususkan untuk pergerakan bagi mereka yang berada di Perak, Johor dan Kelantan menuju ke kediaman masing-masing.

ISMAIL Sabri. FOTO Bernama
ISMAIL Sabri. FOTO Bernama

“Sementara, 9 Mei babitkan pergerakan yang dikhususkan kepada mereka di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang. Pergerakan pada 10 Mei pula untuk mereka yang berada di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, pada tarikh pergerakan ditetapkan, tiada kemudahan makanan disediakan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sepanjang lebuh raya yang dilalui.

Katanya, surau sepanjang lebuh raya juga akan ditutup, dan orang ramai tidak dibenarkan bersolat di kawasan lapang atau bangunan sekitar R&R.

“Hanya kemudahan tandas awam beroperasi di lebuh raya. Kawasan letak kereta hanya untuk tujuan rehat dan pengguna yang singgah tidak dibenarkan keluar dari kenderaan masing-masing, kecuali untuk menggunakan tandas awam.

“Stesen minyak di lebuh raya hanya beroperasi jam 6 pagi hingga 12 tengah malam. Pengguna juga dilarang membuat pergerakan secara berkumpulan sepanjang lebuh raya,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Kiriman Terkini

    • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
    • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
    • Abang Jo: MA63 recognition important
    • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
    • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.