DATUK Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.
Ini berikutan beliau kehilangan majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah.
“Saya telah sembah maklum kepada Sultan Kedah bahawa saya telah kehilangan kepercayaan majoriti Adun,” katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau berkata, dengan peletakan jawatan itu, semua jawatan Exco negeri juga tergugur.
Selasa lalu, Perikatan Nasional (PN) Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan 23 Adun, termasuk daripada Bersatu.
Berikutan itu, komposisi Dun Kedah menyaksikan perubahan apabila Pas kini menguasai 15 kerusi, manakala PKR (lima), Amanah (empat), Bersatu-Tan Sri Muhyiddin Yassin (empat), Bersatu-Tun Dr Mahathir Mohamad (dua), Umno (dua) dan Bebas (dua).
Adun Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dijadual mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah Ke-14 pada 2 petang ini.
Berita berkaitan
• Usah tangisi kejatuhan kerajaan PH Kedah
• Sanusi angkat sumpah jawatan MB Kedah petang ini
• Angkat sumpah MB Kedah baharu esok
• EXCO Kedah dijangka letak jawatan esok
• Mukhriz umum kedudukan esok