Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Sub kluster Covid-19 di Rembau [METROTV]

Posted on April 8, 2020 by lau

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu sub-kluster Covid-19 di daerah Rembau, Negeri Sembilan yang berkaitan dengan perhimpunan di Seri Petaling.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan kakitangan satu sekolah dan kemudiannya beberapa lokaliti di dalam daerah Rembau iaitu di Pedas, Pilin, Kundur dan Batu Hampar.

Beliau berkata, setakat jam 12 tengah hari hari ini, terdapat 27 orang dalam sub-kluster sudah dikenal pasti positif Covid-19 termasuk dua kes yang dirawat di Unit Rawatan Intensif (ICU).

GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

“Kluster ini mula dikesan apabila keputusan ujian Covid-19 positif bagi beberapa guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pedas.

“Penularan ini dipercayai berpunca daripada satu mesyuarat diadakan di sekolah berkenaan apabila ia dihadiri oleh kes indeks kes ke-448 iaitu seorang daripada peserta perhimpunan di Seri Petaling.

“Guru dan kakitangan sekolah yang dijangkiti seterusnya menjangkiti ahli keluarga mereka dan penduduk kampung, sehingga terdapat tiga generasi jangkitan,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati ada aktiviti kunjung mengunjung ke rumah saudara untuk melawat ahli keluarga yang tidak sihat walaupun negara kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

INFOGRAFIK sumber KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
INFOGRAFIK sumber KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Kiriman Terkini

    • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
    • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
    • Abang Jo: MA63 recognition important
    • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
    • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.