Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Tak sabar bertanding

Posted on Oktober 26, 2020 by lau

Kuala Lumpur: Perkhabaran berhubung pertandingan yang mungkin akan diadakan oleh Persekutuan Renang Malaysia (MS) Disember ini sedikit melegakan barisan atlet terjun negara.

Namun, bagaimana bila akan berlangsung masih lagi menjadi persoalan apabila ia dikatakan bakal dilakukan secara maya dengan membabitkan penyertaan beberapa negara luar.

Bagi ratu terjun negara, Cheong Jun Hoong, ia peluang terbaik untuknya menilai tahap kemampuan diri selepas sekian lama tidak beraksi di pentas pertandingan berikutan kecederaan dialaminya.

”Bagi saya untuk menyertai pertandingan itu tiada masalah kerana sudah lama tak sertai kejohanan, tapi sekarang ini saya rasa saya perlu fokus kepada perkembangan diri sendiri.

”Yang lain itu saya tak kisah sangat sebab kita pun tahu dengan keadaan PKP dan lama tak berlatih, jadi apa yang perlu adalah cuba untuk dapatkan balik rentak.

”Bagi saya ia mungkin susah sedikit sebab usia pun sudah meningkat, berehat lama jadi untuk dapat balik rentak itu perlukan masa,” katanya.

Atlet kelahiran Ipoh itu tidak menyertai sebarang kejohanan sejak Mei 2019 akibat kecederaan berulang. Dia pernah memikirkan tentang persaraan apabila segala kejohanan terpaksa ditangguh dan dibatalkan susulan impak penularan pandemik Covid-19.

Jun Hoong dijangka menyertai pertandingan pertamanya dalam tempoh lebih dua tahun pada kejohanan secara maya yang bakal disertai negara yang mempunyai zon masa sama, antaranya New Zealand dan Australia pada Disember ini.

”Dari segi pertandingan saya harap pengalaman boleh membantu saya untuk buat yang terbaik. Sekarang ini semua perlu seimbang dan saya perlu berada di prestasi terbaik dan bagi saya itulah cabaran,” katanya.

Jun Hoong mencipta sejarah menjadi atlet terjun wanita pertama meraih gelaran juara dunia dalam acara 10m platform individu di Budapest pada 2017, setahun selepas memenangi pingat perak Sukan Olimpik Rio bersama Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10m platform seirama.

Kiriman Terkini

  • China Wantian Announces its Annual Results
  • HKTDC launches brand-new exhibition model EXHIBITION+
  • Hitachi High-Tech Launches the AFM100 Pro High-Sensitivity Scanning Probe Microscope System with Improved Detection Sensitivity
  • Hokkaido University and NEC conclude an agreement for developing spatial sensing to combat the spread of illness
  • Perseverance Asset Management: long bias and fundamental bottom-up strategy

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.