Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Tiada lagi bubur lambuk Kampung Baru

Posted on April 17, 2020 by lau

KEENAKAN bubur lambuk Kampung Baru, Kuala Lumpur yang sering dinanti dan menjadi bualan masyarakat setiap tahun ketika tibanya Ramadan terpaksa dilupakan tahun ini.

Ia susulan Masjid Jamek Kampung Baru tidak akan mengedarkan bubur lambuk berkenaan pada Ramadan ini berikutan penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19) yang melanda negara ketika ini.

Ketua Tukang Masak, Zainal Abidin Hamid, 65, berkata, ini kali pertama bubur lambuk tidak dapat diedarkan kepada masyarakat.

“Ini kira sejarah, bubur lambuk Kampung Baru ini sudah 100 tahun dibuat dan diedarkan kepada masyarakat namun tahun ini kami tidak dapat berbuat demikian.

“Walaupun sedih, saya tetap reda dengan apa yang berlaku dan berharap keadaan akan kembali pulih seperti biasa,” katanya ketika ditemui, hari ini.

TAHUN ini merupakan pertama kali dalam sejarah kemungkinan juadah tersebut mungkin tidak dapat disediakan memandangkan negara masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan wabak Covid19. FOTO Hazreen Mohamad

Berkongsi kisah kewujudan bubur lambuk di kampung berkenaan, Zainal berkata, ia bermula sejak 100 tahun dulu apabila jemaah masjid bersepakat membuat bubur lambuk.

“Saya adalah generasi keempat dan resipi keenakan bubur lambuk adalah turun temurun dari jemaah masjid yang lain.

“Kebiasaannya kami akan mengedarkan 4,000 bubur lambuk setiap hari pada bulan Ramadan setiap tahun, namun kali ini berbeza, hanya tinggal periuk kosong sahaja,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun orang ramai yang ingin merasai keenakan bubur lambuk boleh membuat tempahan kepadanya.

“Ramai orang yang menghubungi saya bertanya mengenai bubur lambuk pada tahun ini, sebab itu saya terima tempahan dengan kuantiti sedikit.

“Sekurang-kurangnya dapat melepaskan kerinduan masyarakat terhadap bubur lambuk Kampung Baru,” katanya.

KETUA Tukang Masak Bubur Lambuk Masjid Kampung Baru, Zainal Abidin Abdul Hamid, 65 berehat seketika selepas selesai mengemas periuk yang digunakan untuk memasak bubur lambuk tersebut. Bubur Lambuk Kampung Baru merupakan juadah tradisi yang terkenal sejak era 50-an merupakan juadah tradisi popular saban tahun setiap kali bulan ramadan, tahun ini merupakan pertama kali dalam sejarah kemungkinan juadah tersebut mungkin tidak dapat disediakan memandangkan negara masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan wabak Covid19. FOTO HAZREEN MOHAMAD

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Kiriman Terkini

    • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
    • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
    • Abang Jo: MA63 recognition important
    • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
    • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.