Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Tiada pusat kuarantin ‘antara dua darjat’ [METROTV]

Posted on April 7, 2020 by lau

KERAJAAN hanya membiayai kos RM150 termasuk bilik dan makan sehari untuk setiap individu ditempatkan di hotel yang diwartakan sebagai pusat kuarantin untuk Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tular di media sosial mengenai hotel bertaraf empat dan lima bintang dijadikan pusat kuarantin sehingga ada menyebut antara dua darjat.

Menurutnya, kerajaan ingin menjelaskan 45 hotel bertaraf tiga bintang ke atas diwartakan pusat kuarantin yang mana kerajaan menanggung kos untuk bilik dan makan terhad RM150 sehari.

“Soal dobi dan sebagainya ditanggung individu dikuarantin namun ada juga permintaan daripada individu yang dikuarantin ingin memilih hotel sendiri.

“Jika ingin memilih hotel sendiri bertaraf empat atau lima bintang mereka perlu membayar dan tidak ditanggung kerajaan, misalnya kita dapat permohonan daripada pihak kedutaan luar kerana pegawai diplomat yang pulang ke negara ini tetap akan dikuarantin,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP di Putrajaya hari ini.

ISMAIL Sabri. FOTO Bernama
ISMAIL Sabri. FOTO Bernama

Ismail Sabri berkata, jadi pihak kedutaan masing-masing akan membayar kos hotel sepanjang mereka dikuarantin.

“Selain itu penumpang pesawat yang pulang ke negara ini juga ada yang ingin memilih hotel sendiri dan sanggup membayar kos hotel.

“Bagaimanapun mereka hanya boleh memilih hotel ditetapkan oleh kerajaan yang mana jika mereka ingin hotel bertaraf empat ke lima bintang perlu memilih hotel diwartakan pusat kuarantin,” katanya.

Beliau berkata, ia bagi keselamatan dan pematuhan prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan memudahkan tugas pihak berkuasa memantau.

“Pasukan petugas khas ditempatkan di semua Pusat Kuarantin yang diwartakan.

“Mereka menjalani perintah kuarantin wajib tidak dibenarkan keluar dari hotel malah keluarga dan tetamu juga tidak dibenarkan melawat mereka,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak hotel dalam senarai terbabit kerana membantu kerajaan menyediakan tempat untuk kuarantin dan pada masa sama memberikan harga rendah.

“Setakat semalam, 122 Pusat Kuarantin beroperasi di mana 7,500 individu menjalani proses kuarantin wajib.

“Seramai 233 rakyat Malaysia pulang ke tanah air dari luar negara semalam juga sudah dikuarantin,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Kiriman Terkini

    • Establishment of Maritime and Ocean Digital Engineering Cooperation Program at the University of Tokyo
    • Hector Network Partners with Borussia Dortmund
    • Busan IT Industry Promotion Agency Hosts 2022 Global Metaverse Conference & ASEAN-ROK Forum
    • Waste-to-Energy Company in Singapore Made a Wholly-Owned Subsidiary
    • Rovanpera extends WRC lead with rapid home run for TOYOTA GAZOO Racing

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.