Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

‘Tiada yang terkecuali dijangkiti, dari kayangan atau bumi’ – Ismail Sabri [METROTV]

Posted on April 10, 2020 by lau

“COVID-19 tidak kenal dari kayangan atau dari bumi. Tidak ada siapa yang boleh dibezakan oleh Covid-19. Kalau mereka kaya raya pun, tidak terkecuali daripada dijangkiti,” kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, beliau percaya peraturan sedia ada iaitu menghalang penjawat awam boleh diguna pakai terutama bila berdepan dengan golongan digelar ‘Kluster Kayangan’ di media sosial.

Beliau mengulas mengenai tindakan sesetengah golongan elit melemparkan tuduhan dan makian kepada petugas barisan hadapan terutama doktor yang menjalankan tugas.

ISMAIL Sabri. FOTO Bernama
ISMAIL Sabri. FOTO Bernama

“Saya haraplah mereka yang berkedudukan tinggi itu lebih bertamadun daripada orang lain. Berikan kerjasama kepada petugas barisan hadapan terutama doktor, jururawat yang terbabit kerana seperti yang saya katakan, kedudukan tinggi tidak menjamin mereka terselamat daripada Covid-19,” katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu sehingga mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, tidak ada siapa yang akan terkecuali atau lebih tinggi daripada undang-undang dan mereka yang didapati bersalah tidak akan terlepas begitu saja.

“Saya kecewa dengan tindakan beberapa pihak termasuk ahli politik yang menularkan video kononnya berlaku rempuhan warga negara Malaysia yang pulang dari Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor.

“Polis sudah pun mengenal pasti individu terbabit dan tindakan akan diambil,” katanya.

Ismail Sabri berkata, setakat ini PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah membuka 207 kertas siasatan berkaitan berita palsu Covid-19 dengan 23 daripadanya kes sudah didakwa di mahkamah.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Kiriman Terkini

    • Alleged AMD RDNA3 Navi 31 GPU To Have 96MB Infinity Cache
    • ‘RM21.3mil lost to online scams so far this year’
    • Abang Jo: MA63 recognition important
    • Melaka pumped up about hosting Malaysia Day
    • Najib will stop blame game when Pakatan answers six points on LCS

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEAPRWire

    Links

    • YAHOO
    • NASDAQ
    • Bloomberg
    • Newswire
    • EastMud
    • AsiaEase
    • NetDace
    • PostVN
    • VOASG
    • EventPH
    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.