Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Tidak dibenarkan keluar masuk Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya

Posted on Oktober 13, 2020 by lau

Kuala Lumpur: Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri membabitkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak dibenarkan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang perlu merentas negeri dan daerah perlu mengemukakan kad pekerja atau surat majikan bagi melepasi sekatan jalan raya.

“Pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan.

“Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja, bagaimanapun kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja untuk bekerja dari rumah (work from home),” katanya dalam sidang media harian hari ini.

Katanya, bagi mereka yang perlu melalui Selangor dan Kuala Lumpur untuk ke negeri lain, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.

“Selain itu, individu yang menggunakan pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang juga perlu mendapatkan kebenaran daripada polis,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri turut mengesahkan hanya dua orang saja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan lain.

“Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak,” katanya.

Kiriman Terkini

  • Woman, two sons missing after car plunges into Kedah river
  • Covid-19 Watch: 2,302 new cases bring total to 4,554,661
  • Cabinet pay cut will not solve rising cost of living issue, says Mahdzir
  • Samsung Unveils 200MP HP3 ISOCELL Image Sensor
  • Police reports lodged against Lim and Syed Saddiq

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.