Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • SEAPRWire
  • ACN Newswire
  • JCN Newswire
  • Contact
Menu

Tolak dua tawaran ke universiti demi ibu

Posted on Oktober 14, 2020 by lau

Gua Musang: “Saya dah buat pertimbangan muktamad tidak lagi mahu menyambung pengajian kerana ingin jaga ibu sakit hingga ke akhir hayat,” kata Nor Syuhadah Aziz, 24.

Dia tinggal di Kampung Limau Kasturi 2, dekat sini, berkata, tidak mengambil kisah walaupun terpaksa bergadai masa depan kerana tidak mempunyai pekerjaan kelak.

Katanya, lebih penting dapat korbankan masa menjaga ibunya yang sakit dengan penuh kasih sayang dan dia seorang menjadi harapan keluarga berbuat demikian.

Dia mengakui terpaksa menolak dua tawaran melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi kerana tidak mahu berpisah dengan ibunya yang sakit.

Nor Syuhadah pernah ditawarkan melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak pada 2015 dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kuala Lumpur pada 2017.

“Ibu saya, Noraini Ismail, 55, sakit kanser otak enam tahun lalu dan perlu bagi saya menjaga dia sepanjang hari termasuk menyuap makanan dan membersihkan badan.

“Saya adalah anak ke lapan daripada sembilan adik beradik tidak mahu menyesal apabila mama berdepan kejadian tidak diingini kelak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Nor Syuhadah, dia juga masih tinggal bersama bapa, Aziz Abdullah, 59, dan seorang adik bongsu, Nur Atirah Aziz, 18, yang juga sedang menunggu melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.

“Enam kakak bersama abang sudah berumah tangga dan berada di luar Kelantan jarang pulang ke kampung kerana sibuk dengan tugas,” katanya.

Kiriman Terkini

  • Woman, two sons missing after car plunges into Kedah river
  • Covid-19 Watch: 2,302 new cases bring total to 4,554,661
  • Cabinet pay cut will not solve rising cost of living issue, says Mahdzir
  • Samsung Unveils 200MP HP3 ISOCELL Image Sensor
  • Police reports lodged against Lim and Syed Saddiq

Kategori

  • ACN Newswire
  • Berita
  • JCN Newswire
  • Life
  • People
  • SEAPRWire

Links

  • YAHOO
  • NASDAQ
  • Bloomberg
  • Newswire
  • EastMud
  • AsiaEase
  • NetDace
  • PostVN
  • VOASG
  • EventPH
Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.