Linking Malaysia

Berita Malaysia, Orang, Cerita Perniagaan

Menu
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • Term of Use
  • RSS
Menu

Warga KKM korban ke-35 Covid-19 hari ini

Posted on Mac 29, 2020 by lau

SEORANG pembantu tadbir Kementerian Kesihatan (KKM) menjadi korban ke-35, mangsa terbaharu wabak koronavirus Baharu (Covid-19) apabila meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Sungai Buloh, hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Saziah Mohd Said, 57, yang juga Pembantu Tadbir di Bahagian Sumber Manusia KKM, meninggal dunia pada 4 petang tadi.

“Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan buat KKM,” katanya Dr Adham menerusi perkongsian dalam akuan Facebook, malam ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan malam ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan itu sebanyak 35 kes.

Beliau berkata, laporan kematian itu diberikan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) membabitkan wanita warga tempatan berusia 57 tahun.

Menurutnya, kes kematian ke-35 membabitkan kes ke-1952 yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

Katanya, wanita itu mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac dan kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur sebelum ke Hospital Sungai Buloh.

“Hasil ujian pengesahan Covid-19 telah didapati positif pada 18 Mac.

“Kesihatan beliau merosot hari demi hari, dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac (hari ini), 4 petang,” katanya menerusi hantarannya di Facebook, sebentar tadi.

Beliau mewakili warga Kementerian Kesihatan turut menzahirkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wanita itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Kiriman Terkini

    • Vistar Holdings Hits Record High Annual Revenue Up by 32.8% Y-o-Y
    • NovationWire: Predictions on XR, VR, AR Applications 2022
    • Cyber Yachts Unveils 444 Foot Crystal Palace Superyacht
    • Kobe Steel to launch “Kobenable Steel”, Japan’s first low CO2 blast furnace steel
    • Deputy Directors from Kenyan Ministry of ICT and ICT Authority along with INTERPOL’s Director of Cybercrime to speak at CyFrica 2022

    Kategori

    • ACN Newswire
    • Berita
    • JCN Newswire
    • Life
    • People
    • SEA PRWire
    • Top Story

    Links

    BBC News
    Reuters
    Bloomberg
    Forbes
    Newswire

    Copyright © 2020 Linkingmy.Com. All right reserved.